Isnin, 18 Februari 2013

WarKaH BuaT KaMu !!!



         Awak, Terima kasih saya ucapkan atas segalanya.. Walaupun kita xdpt lagi bersama saya tetap mengingati setiap kenangan lalu selama kita bersama. Walaupun saya merelakan perpisahan ini, hati saya tetap sedih utk menerimanya tapi kita xmungkin dapat meneruskan lagi perhubungan ini krna hati kita dah terlalu jauh untuk disatukan… Saya berusaha utk mengapai dan berlari mngejar hubungan ini tetapi saya tidak Berjaya. Hingga satu tahap saya dah give up utk meneruskan perhubungan ini…Dari kita terus terluka biarlah saya mengundurkan diri terlebih dahulu …
      Awak, saya sangka hubungan ini akan berpanjangan seperti yg kita angankan selama ini. Tapi ternyata kita silap, kita lupa bahawa segala perancangan kita hanyalah satu angan2 yg tidak mungkin akan Berjaya. Allah lebih berkuasa dalam menentukan nasib dan takdir seseorang itu.Kita harus pasrah dan redho menerimanya.Kita xdpt utk meneruskan hidup bersama. Saya pasrah.
      Awak, saya sangka dengan perpisahan ini akan mengajar kita erti sayang, kasih dan cinta kita yg dh hilang selama ini. Mungkin kita memerlukan waktu untuk pupuk semula rasa itu. Awak cakap terlalu sayangkan saya sehingga tiada insan lain yg dapat mengantikan tempat saya di sisi awak suatu hari nanti. Tapi semuanya hanya propa semata2… Selepas beberapa minggu kita berpisah, awak sudah ada penganti lain utk berada di sisi awak. Betapa hancur dan kecewanya hati saya. Segala harapan saya utk memulihkan hubungan kita suatu hari nanti lebur semuanya… Saya kecewa dengan janji dan kata2 manis awak… Sedangkan saya masih cuba untuk sendiri.
       Awak, dgn bangga menceritakan tentang kekasih baru awak pada saya. Awak tidak hiraukan kesedihan dan kelukaan di hati saya. Saya hanya mampu mendengar dan tersenyum dgn kebahgiaan awak sedangkan hati saya menangis hiba mndengar butir bicara awak. Mungkin saya xdpt jadi yg terbaik seperti dia dan xpnya harta. Tapi saya xperlu kata hinaan dari awak…Betapa kejamnya awak pada saya….  :(
      Awak,tiada siapa yg dapat mengubati luka di hati ini. Saya bagaikan burung yg patah sayapnya. Lelah utk meneruskan kehidupan ini tetapi berbekalkan semangat yg ada, saya teruskan kehidupan ini di samping rakan2 yg ceria di samping saya. Saya malu utk menceritakan perihal kita. Sangka mereka, kita masih menjadi pasangan yg bahagia sehingga kini. Hidup saya di hadapan mereka penuh dgn kepura2an..Lakonan semata2… Kelu lidah utk menceritakan masalah kita… Saya harap mereka akan faham situasi dan keadaan saya apabila mereka mengetahuinya suatu hari nanti. Saya tahu mereka akan kecewa dgn saya krn tdk menceritakannya tetapi saya punya hak dan alasan sendiri..Sahabat, maafkan aku :(
       Awak, saya tahu awak dh terlalu banyak bersabar dgn setiap kerenah saya. Tapi knp awak tidak berterus terang? Awak biarkan saya sendiri tetapi awak dgn segera mencari penganti sebelum awak memutuskan hubungan ini. Apabila saya meminta perpisahan ini awak dgn rela hati melepaskan saya tanpa mahu memujuk atau mengetahui puncanya…Tetapi dgn sewenangnya awk mngatakan saya yg bersalah krn memutuskan semua ini…Setiap kesalahan awak letak di bahu saya seorang tanpa memikirkan hati dan perasaan saya yg terluka dgn setiap kata2 awak…. Oh kejamnya…!!!
       Awak, walaupun awak dah jadikan saya sebagai musuh, saya tetap akan terima awak sebagai kawan saya. Saya xpernah menyimpan dendam dan akan sentiasa doakan yg terbaik buat awak. Saya akan telan semua kata2 hinaan awak itu sebagai satu pengajaran dan pengalaman yg berguna untk saya pada masa akan datang. Satu yg saya pinta, halalkan segala pemberian awak kpd saya termasuk kasih dan sayang yg awak curahkan selama ini pada saya..Terima kasih awak, semoga awak berbahagia di dunia dan akhirat. Menjadi pemimpin yg terbaik utk keluarga awak suatu hari nanti. Mungkin saya xdpt mngubah sikap awak menjadi lebih baik, tapi saya xakan lupa utk berdoa utk awk berubah suatu hari nanti….Selamat tinggal awak 
     SaLaM SaYaNg :)  …..

Tiada ulasan: