Ahad, 17 Mac 2013

Dugaan ini...

   Semakin hari wat aku rasa benci dan bosan utk terus berada di sini. Kenapa? Aku pun xpasti dan sedang mencari jawapannya.. Maybe keadaan sekeliling wat aku rasa macam ni. Mmg sakit..
    Walaupun aku xmo hiraukan semua ni tapi hakikatnya aku dah banyak makan hati. Rasa dah xleh telan semua ini. Tersekat antara hati dan diri sendiri. Lembut dah bertukar mnjadi ego. Aku dh xbisa bertahan. Langkahku semakin lemah utk meneruskan perjuangan ini. Aku lelah. Andai bisa melihat hati dan semangat ini, memang ternyata semangatku semakin hilang, hatiku semakin retak. Pedihnya Ya Allah....
    Hanya Allah mengetahui apa yg ku rasa kini. Perlu berdepan dgn sandiwara manusia, keegoan, kegedikan, ketidak adilan dan sebagainya. Kadang2 aku cuba utk turut serta tapi kemarahan dan kesakitan di hati wat aku rasa ingin turut mmbalas stiap perbuatan mereka. Aku tahu xwajar utk aku berbuat demikian tpi apakan daya, aku hanya insan biasa. Ya Allah, tolong jauhkan aku dari mnjadi pendendam dan tabahkan hati ini menghadapi setiap dugaan driMu....amin  :)

Ahad, 3 Mac 2013

Kenapa BegiNi???

   Hidup ni sentiasa berubah2...Kadang2 gmbira, kadang2 berduka...Setiap manusia sama sja,cm tu jga aku...Dulu blh dikatakan aku kuat and keras hati dalam mnghadapi liku2 kehidupan ini..Tapi entah apa dh jdi skrg...
    Sglanya berubah...Aku terlalu lemah dan sakit utk kembali berdiri teguh seperti dulu...Aku sendiri xmengerti apa yg sedang terjadi..Aku terlalu lemah, luaran ku seperti biasa tapi hakikatnya tiada siapa mngerti akan hati dan prasaan ini... :(
    Semoga Allah mngembalikan semangatku yg hilang ini...Aminn  :)

Isnin, 18 Februari 2013

WarKaH BuaT KaMu !!!



         Awak, Terima kasih saya ucapkan atas segalanya.. Walaupun kita xdpt lagi bersama saya tetap mengingati setiap kenangan lalu selama kita bersama. Walaupun saya merelakan perpisahan ini, hati saya tetap sedih utk menerimanya tapi kita xmungkin dapat meneruskan lagi perhubungan ini krna hati kita dah terlalu jauh untuk disatukan… Saya berusaha utk mengapai dan berlari mngejar hubungan ini tetapi saya tidak Berjaya. Hingga satu tahap saya dah give up utk meneruskan perhubungan ini…Dari kita terus terluka biarlah saya mengundurkan diri terlebih dahulu …
      Awak, saya sangka hubungan ini akan berpanjangan seperti yg kita angankan selama ini. Tapi ternyata kita silap, kita lupa bahawa segala perancangan kita hanyalah satu angan2 yg tidak mungkin akan Berjaya. Allah lebih berkuasa dalam menentukan nasib dan takdir seseorang itu.Kita harus pasrah dan redho menerimanya.Kita xdpt utk meneruskan hidup bersama. Saya pasrah.
      Awak, saya sangka dengan perpisahan ini akan mengajar kita erti sayang, kasih dan cinta kita yg dh hilang selama ini. Mungkin kita memerlukan waktu untuk pupuk semula rasa itu. Awak cakap terlalu sayangkan saya sehingga tiada insan lain yg dapat mengantikan tempat saya di sisi awak suatu hari nanti. Tapi semuanya hanya propa semata2… Selepas beberapa minggu kita berpisah, awak sudah ada penganti lain utk berada di sisi awak. Betapa hancur dan kecewanya hati saya. Segala harapan saya utk memulihkan hubungan kita suatu hari nanti lebur semuanya… Saya kecewa dengan janji dan kata2 manis awak… Sedangkan saya masih cuba untuk sendiri.
       Awak, dgn bangga menceritakan tentang kekasih baru awak pada saya. Awak tidak hiraukan kesedihan dan kelukaan di hati saya. Saya hanya mampu mendengar dan tersenyum dgn kebahgiaan awak sedangkan hati saya menangis hiba mndengar butir bicara awak. Mungkin saya xdpt jadi yg terbaik seperti dia dan xpnya harta. Tapi saya xperlu kata hinaan dari awak…Betapa kejamnya awak pada saya….  :(
      Awak,tiada siapa yg dapat mengubati luka di hati ini. Saya bagaikan burung yg patah sayapnya. Lelah utk meneruskan kehidupan ini tetapi berbekalkan semangat yg ada, saya teruskan kehidupan ini di samping rakan2 yg ceria di samping saya. Saya malu utk menceritakan perihal kita. Sangka mereka, kita masih menjadi pasangan yg bahagia sehingga kini. Hidup saya di hadapan mereka penuh dgn kepura2an..Lakonan semata2… Kelu lidah utk menceritakan masalah kita… Saya harap mereka akan faham situasi dan keadaan saya apabila mereka mengetahuinya suatu hari nanti. Saya tahu mereka akan kecewa dgn saya krn tdk menceritakannya tetapi saya punya hak dan alasan sendiri..Sahabat, maafkan aku :(
       Awak, saya tahu awak dh terlalu banyak bersabar dgn setiap kerenah saya. Tapi knp awak tidak berterus terang? Awak biarkan saya sendiri tetapi awak dgn segera mencari penganti sebelum awak memutuskan hubungan ini. Apabila saya meminta perpisahan ini awak dgn rela hati melepaskan saya tanpa mahu memujuk atau mengetahui puncanya…Tetapi dgn sewenangnya awk mngatakan saya yg bersalah krn memutuskan semua ini…Setiap kesalahan awak letak di bahu saya seorang tanpa memikirkan hati dan perasaan saya yg terluka dgn setiap kata2 awak…. Oh kejamnya…!!!
       Awak, walaupun awak dah jadikan saya sebagai musuh, saya tetap akan terima awak sebagai kawan saya. Saya xpernah menyimpan dendam dan akan sentiasa doakan yg terbaik buat awak. Saya akan telan semua kata2 hinaan awak itu sebagai satu pengajaran dan pengalaman yg berguna untk saya pada masa akan datang. Satu yg saya pinta, halalkan segala pemberian awak kpd saya termasuk kasih dan sayang yg awak curahkan selama ini pada saya..Terima kasih awak, semoga awak berbahagia di dunia dan akhirat. Menjadi pemimpin yg terbaik utk keluarga awak suatu hari nanti. Mungkin saya xdpt mngubah sikap awak menjadi lebih baik, tapi saya xakan lupa utk berdoa utk awk berubah suatu hari nanti….Selamat tinggal awak 
     SaLaM SaYaNg :)  …..

Jumaat, 15 Februari 2013

Redho :)

      Dalam hidup ni xsemestinya apa yg kita nak kita akan dapat....Dan xsmestinya bila dh jadi milik kita ia akan kekal selamanya jadi milik kita....Itu la lumrah hidup ini...Kadang2 Allah nk beri kita merasa hanya utk seketika, samada kita tahu mnghargai pmberian itu atau tidak.....Bila Allah dh ambil smula haknya, terima la dgn hati terbuka walaupun susah utk kita terima....Tapi sebenarnya Allah nk kurniakan yg lebih baik lagi buat kita...Cuma kita je xtw an ...
       Puas kita menangis, mnyesali atas apa yg terjadi...Tapi hakikatnya kita xsedar ada hikmah yg tersembunyi dlm smua itu... Bila kita dh dpt suatu hari nanti, pasti kita merasa gmbira bagaikan dunia ini kita yg pnya :)
        Bila kita redho, pasrah dan sentiasa berdoa, Inn sya allah hati kita akan lebih tenang dan gembira dalam mnjalani kehidupan ini....Yang penting kita jangan lupa padaNya yg maha kuasa....Hanya Dia lebih mengetahui yg terbaik utk kita...Bukan manusia yg dpt mnghukum seseorang itu...Tiada manusia yg layak utk berbuat demikian...Semoga kita sma2 mnjadi insan yg lebih beriman....Aminnnn  :)